Kegunaan siaran langsung Siaran langsung televisyen

Siaran langsung paling banyak digunakan untuk berita televisyen, yang mana rancangan berita secara amnya disiarkan secara langsung, memaparkan laporan berita yang dirakam dan disunting. Peristiwa-peristiwa yang diputuskan rangkaian dan stesen agar hendak atau perlu diketahui kebanyakan penonton secepat boleh akan disiarkan secara langsung, selalunya mengganggu rancangan yang dijadualkan, seperti buletin berita, dan jika peristiwa itu cepat berubah dan berkembang, sebagai laporan "berita tergempar" (Bahasa Inggeris: breaking news) dan disertakan liputan berkenaan apabila dibongkar.

Siaran langsung memang mempunyai sifat tanpa persediaan, spontan, dan segera yang selalu kelihatan lebih ketegangan dan menarik berbanding rancangan rakaman jika sekalipun kandungannya sendiri bukan begitu, atas beberapa sebab: kenyataan bahawa apa yang ditunjukkan sedang berlaku dalam masa nyata apabila dibongkar; tahap kawalan yang terhad terhadap rancangan siaran langsung berbanding rancangan rakaman; dan kemungkinan kemalangan yang timbul, iaitu "apa-apa sahaja boleh terjadi". Maka, siaran langsung ini pun merangkumi persembahan secara langsung bahan-bahan yang berskrip.

Siaran langsung televisyen selalu digunakan sebagai alat, itupun tidak semestinya, dalam pelbagai jenis rancangan untuk menggunakan sifat-sifat tersebut sebaiknya, dan selalu mencapai kejayaan besar dari segi menarik penonton. Ini dilihat dalam rancangan realiti televisyen berbentuk pencarian bakat seperti Akademi Fantasia yang berjaya menarik ramai penonton.